Kawalan Spesies ceroboh

Kawalan spesies ceroboh mungkin membabitkan penghapusannya atau menghad ia pada kawasan khusus. Dalam kedua kes, mat;amatnya adalah bagi menghalang penyebaran selanjutnya ke sistem yang belum diceroboh.[41] Pengurusan jenis ini boleh dilaksanakan pada beberapa skala, dari pemilik rumah yang bertindak dilaman rumahnya sehingga agensi kerajaan besar yang melaksanakan pendekatan kebangsaan. Keputusan bagi menghapuskan atau mengekang spesies bergantung kepada beberapa faktor, termasuk, tetapi tidak terhad kepada jenis habitat, ciri-ciri organisma, medan spatial penyebaran, masa yang ada bagi pengawalan, dan kos. Faktor ini turut memainkan peranan bagi menentukan teknik kawalan khusus yang mana perlu digunakan.

Pengawalan mekanikal

Kawalan mekanikal membabitkan penyingkiran spesies ceroboh dengan menggunakan tangan atau mesin. Seringkali, kaedah ini berkesan bagi mengawal populasi kecil dan boleh disasarkan secara khusus, mengurangkan kerosakan kepada tumbuhan dan haiwan bukan ceroboh.[42] Kawalan mekanikal memerlukan banyak pekerja dan memerlukan pelaboran masa yang lama, kerana rawatan perlu dilakukan beberapa kali bagi memastikan kejayaan.[42] Kaedah kawalan biasa bagi tumbuhan termasuk dicabut menggunakan tangan, memotong, girdling, dan membakar.[42] Bagi kawalan haiwan ceroboh, teknik seperti memburu, menjerat, dan pembinaan halangan fizikal seperti pagar, atau jaring akan digunakan.[43]

Pengawalan kimia

Sebatian kimia boleh digunakan bagi menghalang penyebaran spesies ceroboh. kaedah kawalan ini mampu menjadi amat berkesan di kawasan kecil dan besar, tetapi sering kali dikritik kerana kemungkinan pencemaran sumber air dan tanah dan tidak mampu mensasar sasaran khusus yang boleh mengakibatkan kematian spesies tumbuhan dan haiwan yang diingini.[44] Selain itu, spesies sasaran mungkin menjadi kebal kepada bahan kimia selepas jangka masa tertentu, menjadikan kaedah ini tidak berkesan. Racun rumpai (Herbicides) merupakan bahan kimia yang digunakan bagi mengawal tumbuhan ceroboh dan bergantung kepada spesies sasaran, boleh disembur secara langsung kepada tumbuhan, pada tanah dipangkal pokok, malah pada tanah sebelum biji benih bercambah.[42] Bagi haiwan, racun perosak (pesticides) digunakan bagi mengekang pertumbuhan dan pembiakan atau membunuh serangga ceroboh perosak.[41] Satu bentuk lain bagi kawalan kimia merupakan penggunaan pheromone penarik bagi menarik serangga mengawan kedalam perangkap.[45]

Pengawalan biologi

Kawalan biologi membabitkan pembebasan spesies khas untuk menghad penyebaran spesies ceroboh. Dengan penyelidikan betul, kaedah pengawalan ini selamat pada persekitaran dan berjaya. Bagaimanapun ia tidak berkesan sekiranya spesies yang dibebaskan tidak terselamat atau kesannya pada spesies ceroboh tidak sebesar yang dijangkakan.[42] Juga, spesies yang dipilih tidak sentiasa merupakan organisma tempatan, meningkatkan kemungkinan lebih banyak spesies ceroboh. Serangga pemangsa, dikenali sebagai pemakan rumpai, boleh dibebaskan bagi mengawal tumbuhan ceroboh. Sama juga, tumbuhan boleh dijangkiti dengan organisma penyebab penyakit, seperti fungi, bakteria, dan virus, membunuh atau merentat keluaran pembiakannya.[46] Haiwan ceroboh boleh dikawal dengan membebaskan pemangsa atau organisma parasit (terutama bagi kes serangga ceroboh) atau dengan penyebaran penyakit dengan cara yang sama bagi tumbuhan.[46] Tambahan lagi, serangga atau ikan jantan spesies ceroboh yang dimandulkan boleh dibebaskan agar selepas mengawan, haiwan betina akan bertelur telur "mati" atau telur yang menjadi dewasa mandul.[45] Terdapat kejadian di masa lalu apabila kawalan biologi diperkenal khusus pada sesuatu kawasan bagi mengawal spesies asing telah mempunyai kesan negetif kepada ekosistem. Contoh yang baik adalah apabila mongoose digunakan sebagai pemangsa biologi di Hawai bagi mengawal populasi tikus yang dibawa masuk; malangnya mongoose turut memburu spesies haiwan tempatan dan telornya.

Halangan

Menghalang spesies ceroboh bertapak sentias menjadi kaedah pengawalan yang terbaik.[42] Menghentikan spesies merosakkan pada tahap ini adalah sukar. Banyak kerajaan cuba menghad kemasukan spesies ceroboh kekawasan mereka melalui pemeriksaan penghantaran perkapalan antarabangsa, pemeriksaan kastam, dan peraturan kuarantin yang betul. Menyediakan senarai spesies yang selamat dan berpotensi menjadi masaalah boleh membantu dalam mengawal kemasukan spesies ceroboh. Orang awam juga boleh menyertai pengawalan spesies perosak dengan mendapat ilmu mengenainya dan membuat keputusan berpengetahuan.

Berkaitan